Defensive Driving Technique

adakah keselamatan jalan raya di pengaruhi oleh perkara mistik

Hari ini saya membuat perkongsian berkenaan keselamatan di jalan raya. Seramai 7 orang peserta yang terdiri dari pemandu lori dan trailer.
Perkara yang awal sesudah saya membuat pengenalan diri adalah dengan memainkan video diatas. Cubaan saya memainkan video ini adalah untuk menimbulkan kesedaran kepada pemandu bahawa menggunakan hand phone boleh meragut nyawa.

Walaupun dengan kehadiran hanya seramai 7 orang sahaja. Kesemua mereka termasuklah majikan memberikan kerjasama untuk cuba memahami mesej yang cuba saya sampaikan. Teknik hari ini adalah menayangkan banyak video keselamatan supaya kurang mengantuk. Sesi diselingkan dengan sesi soal jawab.

Ketika saya sedang membuat pembentangan, jam Garmin saya kerap berdering memberikan amaran “abnormal heart rate detected!”, risau dibuatnya.

Info yang menarik untuk saya kongsikan disini adalah. Syarikat ini telah mengalami kemalangan di kawasan dan kilometer yang sama iaitu di sepanjang 45-50km arah utara Lebuhraya PLUS, sekitar kawasan Kulai. Pada amatan majikan dan disokong oleh seluruh pemandu lori lain. Kawasan tersebut memang berhantu.
Tiga buah lori syarikat ini dan tiga pemandu mengalami kejadian ngeri disini – PADA WAKTU MALAM.

Teringat saya ketika menunggang motorsikal dikawasan ini, saya pernah melihat lintasan diatas jalan seumpama balang kueh bergolek. Dan cerita ini yang mereka sampaikan – “lintasan umpama benda bergolek”.

Seronok dapat sama-sama kongsikan sesuatu demi keselamatan dimasa akan datang.

Leave a Reply