Kursus CCD 10 Mata dalam Talian
Kursus ini diadakan dalam talian dan mendapat kelulusan dari CIDB. Mata yang akan dihimpunkan oleh setiap penyertaan adalah sebanyak 10 mata.
Kursus ini dijalankan bermula dari era PKPP dengan menitikberatkan norma baru Malaysia yang terkesan daripada tamparan COVID-19. Kursus ini dijalankan sebulan sekali khas kepada syarikat yang inginkan pendedahan secara dalam talian walau dimana mereka berada.
Kami pernah menerima penyertaan dari Sabah dan juga Penang dan Perlis.


Walau dalam keadaan terkesan dan menggunakan internet sebagai penghubung, kami berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan segala isi penyampaian mudah difahami. Namun, kekangan akan tetap dihadapi oleh semua pihak; dari lapisan penyelia latihan, bahagian pemantauan CIDB dan dari pihak peserta mengalami kesukaran untuk menjalani kursus didalam talian. Antaranya; untuk kekal aktif bersiaran dan imej sentiasa terpapar didalam talian.
Antara kesukaran lain yang adalah untuk memastikan semua peserta kekal aktif dan fokus didalam talian dan yang lebih utama apabila untuk mengekalkan; talian internet supaya sentiasa laju.
Kami akan sentiasa meminta agar peserta terus berbicara dan kekalkan imej dihadapan skrin, dan antara kaedah kami untuk memastikan keberadaan peserta adalah dengan mengambil gambar mereka di skrin sebagai bukti kehadiran. Walaupun kami amati, kehadiran peserta disebabkan pelbagai perkara antaranya adalah untuk memperbaharui lesen CIDB, kami akan terus menyalurkan informasi penting dan berusaha untuk memberikan kefahaman
mengenai kecemasan dan kesiapsiagaan kecemasan di tapak bina.
Untuk menyampaikan topik berkaitan kecemasan di tapak bina, pihak kami memilih En Mohd Zainoor Annuar sebagai tenaga pengajar. Ini berikutan beliau telah bersama dan berpengalaman didalam industri pembinaan dan kini menjalankan kajian PhD bagi tajuk Bencana NATECH.
Beliau juga merupakan pengajar sambilan untuk jurusan Master dan Diploma di UTM bagi tajuk Emergency Response. Beliau juga menjadi tenaga pengajar untuk NIOSH, OUM dan institusi pengajian lain dalam jurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Untuk memastikan kefahaman peserta, mereka akan dinilai dari segi kefahaman penyampaian menerusi talian dengan menjawab beberapa soalan seperti didalam pautan ini:
Nilai prestasi pengajar juga akan dinilai oleh peserta dengan memberikan maklumat didalam pautan ini:
Kami berharap dengan modul dalam talian ini serta penambahbaikan yang kami lakukan dapat memberikan impak kepada kontraktor di Malaysia untuk menjalankan kerja dengan penuh etika, selamat dan sihat.
Hubungi kami untuk sebarang perkara berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta berkenaan kesiapsiagaan kecemasan ditempat kerja.
Sekian
www.natech.com.my