CIDB CCD 10 Mata; Kursus Asas Kesiapsiagaan Kecemasan di Tapak Bina

Program Pembangunan Kontraktor Secara Berterusan (CCD) adalah sebuah program yang dibangunkan oleh CIDB bagi meningkatkan pengetahuan dan penglibatan kontraktor dalam aktiviti industri pembinaan.

CCD dilaksanakan dengan objektif seperti berikut:

  • Menggalakkan kontraktor meningkatkan ilmu pengetahuan bagi meningkatkan kepakaran dan profesionalisme kontraktor dan industri pembinaan secara umumnya
  • Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan kontraktor dalam pelbagai aspek pengurusan projek pembinaan
  • Meningkatkan interaksi dan networking sesama kontraktor melalui perkongsian maklumat dan pengalaman melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan
  • Mempelbagaikan penglibatan kontraktor dalam aktiviti-aktiviti pembinaan
  • Meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap perkhidmatan kontraktor pembinaan tempatan

Ikuti kami dalam siri perkongsian dalam talian pada 27.06.2020. Anda hanya perlu berada bersama laptop untuk mendapatkan maklumat mengenai kursus ini. 

Kursus ini memberikan penerangan ringkas dan mudah difaham bagi menjadikan tempat kerja ada bersedia dalam menghadapi kecemasan

Leave a Reply